Apa Itu Geopark?
Perkataan Geo Bersangkutan Dengan Ilmu
Sains Bumi. Geologi Berkaitan Dengan Kaji Batu Atau Perbatuan Dari Sudut
Sejarahnya, Formasi Pembentukan, Komposisi, Struktur Dan Juga Landskap Yang
Terhasil Dari Proses Semula Jadi Evolusi Alam.Geopark Membawa Gambaran Lebih
Luas. Ia Merujuk Kepada Sesuatu Kawasan, Tidak Kira Kecil Atau Besar. Kawasan Ini
Mempunyai Unsur-Unsur Seperti Sejarah Batu, Formasi Menarik Pelbagai Jenis
Batu, Landskap Unik Dan Indah. Ia Menarik Dan Penting Dari Sudut Pandangan Para
Akademik, Menarik Dan Mempersonakan Dari Sudut Pandangan Orang Awam. Apa Yang
Terdapat Di Dalamnya Mempunyai Nilai Warisan Yang Boleh Dihayati Dan Wajar
Dipelihara.
Apa Pentingnya Geopark Kepada Langkawi?
Langkawi Merupakan Pulau Pelancongan. Itulah
Matlamat Pembangunan Yang Dibawa Oleh LADA Sejak Ia Ditubuhkan. Persaingan Adalah
Kuat Dalam Industri Pelancongan. LANGKAWI GEOPARK Memasarkan Jenama Baru Dan
Mengetengahkan Tarikan Baru Untuk Melonjakkan Aktiviti Pelancongan Bagi Langkawi.
Bagaimana Timbul Ilham Langkawi Geopark?
Langkawi Telah Dikaji Oleh Para
Akademik Dan Pencinta Alam Sejak Lebih 35 Tahun. Data Dan Maklumat Biodiversiti
(Flora Dan Fauna) Darat Dan Laut Boleh Dikatakan Cukup Lumayan. Maklumat Geologi
Langkawi Juga Meluas Dan Komprehensif. Sudah Terdapat Lebih 90 Tapak Kajian
Geologi Atau Geosites Yang Didaftarkan. LADA Dan UKM Telah Menjalin Kerjasama
Melalui Perjanjian Persefahaman (MOU) Sejak Tahun 1996. Ahli Geologi
Mengesahkan Geologi Langkawi Adalah Unik Dan Unggul Dan Mempunyai Nilai Warisan
Yang Tinggi. LADA Dan UKM Sepakat Untuk Mengetengahkan Langkawi Geopark Untuk
Tujuan Akademik Dan Yakin Akan Potensinya Untuk Menarik Minat Para Pelancong.
Sejak Bilakah Langkawi Geopark Wujud?
Langkawi Geopark Wujud Pada 31 Mei 2006,
Setelah Kerajaan Negeri Kedah Mendengar Taklimat Dan Pembentangan Oleh LADA-UKM
Dan Bersetuju Mengenainya. Jemaah Pengarah LADA Yang Dipengerusikan YAB Perdana
Menteri/Menteri Kewangan Mengiktiraf Langkawi Geopark Pada 6 Oktober 2006 Dalam
Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil2/2006 Di Putrajaya.
Kenapa Langkawi Geopark Dan Bukan Geotaman
Langkawi?
Ini Soal Jenama. Kita Mahu
Memperkenalkan Langkawi Di Mana Dunia. Langkawi Geopark Lebih Bernilai
Komersial, Cepat Diterima Dan Dikenali Di Peringkat Antarabangsa. Jenama Ini
Mampu Meletak Langkawi Di Persada Dunia, Menggalak Pelaburan Asing Dan Menjana
Tukaran Asing Kepada Langkawi.
Di Mana Langkawi Geopark?
Langkawi Geopark Meliputi Keseluruhan Langkawi.
Kesemua 99 Pulau, Setiap Tunggul Batu Yang Terserlah Di Muka Laut, Segenap
Hutan Belantara Dan Setiap Pelosok Kampung Dan Desa Berada Dalam Langkawi
Geopark.
Apa Kaitan Dengan UNESCO?
UNESCO (Badan Di Bawah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Pendidikan Dan Sosial) Merupakan Sebuah Badan
Antarabangsa Yang Berwibawa Dan Dikenali Masyarakat Dunia. Pengiktirafan
Langkawi Geopark Di Dalam Senarai Geopark Dunia Di Bawah UNESCO Secara Langsung
Menjadikan Langkawi Geopark Terkenal Dan Membuka Ruang Pertukaran Maklumat Dan
Kerjasama Di Kalangan Geopark-Geopark Dunia Di Negara-Negara Lain.
Apa Takrif UNESCO Bagi Geopark?
Geopark Di Bawah UNESCO Diberi Takrif
Lebih Luas Dan Praktikal Di Mana Geopark Bukan Sahaja Mengenai Batu Tetapi
Termasuk Penglibatan Dan Kegiatan Masyarakat Di Dalamnya. Ini Termasuklah
Aktiviti Ekonomi, Khususnya Yang Berkaitan Dengan Pelancongan.Geopark Mempunyai
Tiga Komponen Iaitu Konservasi (Memelihara Warisan Bernilai Dalam Geopark),
Pembangunan Pelancongan (Menggiatkan Aktiviti Ekonomi, Khususnya Pelancongan
Dalam Geopark) Dan Pembangunan Sosioekonomi (Menggalakkan Penyertaan Masyarakat
Dalam Geopark, Termasuk Perniagaan Dan Kebudayaan).
Kenapa LADA Sebut 99 Dan Bukan 104
Pulau?
Semata-Mata Gimik Untuk Tujuan Promosi
Pelancongan. Lebih Menarik, Mudah Dan Mengagumkan Bila Disebut 99. Ia Berkait
Dengan Keagungan Nama Tuhan Melalui Asma' Ul Husna.
Apa Yang Menarik Di Langkawi Geopark?
Pelbagai Jenis Batu Dan Formasi Batu
(Geologi). Pelbagai Jenis Hidupan Liar Dan Tumbuhan (Biodiversiti-Flora Dan
Fauna, Laut Dan Darat). Pemandangan Laut Dan Pantai Yang Cantik Dan
Mempersonakan. Terdapat Tiga Taman Georimba Di Dalamnya. Pertama, Machinchang
Geoforest Park Merupakan Kawasan Kambria (450-550 Juta Tahun), Batu Tertua Dan
Bukti Sejarah Asal Usul Bumi Malaysia Dan Asia Tenggara.Geoforest Park Kilim Memaparkan
Landskap Karst (Batu Kapur) Yang Unik Dan Antara Yang Terindah Di Dunia,
Terbentuk Daripada Proses Hakisan Dan Cuaca. Geoforest Park Dayang Bunting
Marble Mengetengahkan Marmar Antara Yang Terbaik Di Dunia. Tasik Dayang Bunting
Terbentuk Daripada Sebuah Gua.
Apa Istimewa Langkawi Geopark?
Langkawi Ada Segala-Galanya Untuk
Menjadi Sebuah Geopark Yang Ternama Di Dunia:
- Pertama Di Dunia, Terdapat Sebuah Geopark Berstatus Pulau Bebas Cukai.
- Pertama Di Dunia, Terdapat Sebuah Geopark Meliputi Gugusan 99 Buah Pulau.
- Pusat Bermula Pembentukan Malaysia Dan Asia Tenggara, 550 Juta Tahun Dahulu - Cambria Machinchang.
- Alam Semula Jadi Yang Lengkap, Meliputi Geologi Dan Biodiversiti Unik Dan Unggul
- Sudah Terdapat Kawasan Hutan Simpan Di Kawasan-Kawasan Tertentu Dalam Geopark Yang Mengutamakan Pemuliharaan.
- Terdapat Lebih 90 Tapak Geologi (Geosites) Yang Telah Dikaji Dan Mempunyai Nilai Warisan.
- Menyerlahkan Geomorfologi Landskap Karst, Gua, Gerbang Laut (Sea-Arches), Tunggul Laut (Sea-Stacks), Fosil, Batu Jatuh Glasiar (Glacial Dropstones), Air Terjun, Taman Laut Dan Sebagainya.
- Legenda Dan Mitos Menyerlahkan Misteri Dan Mewarnai Budaya Menjadi Unsur Penting Di Bawah Geopark.
- Budaya Dan Sosioekonomi Menjadi Tarikan Pelawat Juga Adalah Sebahagian Daripada Tarikan Geopark.
Adakah Geopark Diwartakan Seperti National
Park Atau Taman Rimba?
Tidak. Secara Khusus, Langkawi Geopark Tidak
Diwartakan Sebagai Suatu Kawasan Rizab. Namun Begitu, Hutan Simpan Kekal Di Langkawi
Adalah Sebahagian Daripada Geopark Dan Dengan Sendirinya, Sebahagian Langkawi
Geopark Terpelihara Daripada Ancaman Kerosakan Dari Segi Undang-Undang. Di Bawah
Konsep Geopark, Pembangunan Dalam Kawasan Geopark Adalah Dibenarkan. Malah Penyertaan
Masyarakat Adalah Digalakkan, Khususnya Yang Berkaitan Dengan Aktiviti
Pelancongan. Kawasan Atau Geotapak Yang Telah Dimajukan Sebagai Tempat
Rekreasi, Termasuklah Air Terjun Telaga Tujuh, Air Terjun Temurun, Kawasan Kisap-Kilim
Dan Juga Tasik Dayang Bunting.
Adakah Mata Pencarian Penduduk Setempat
Boleh Terjejas Contoh Nelayan Dan Petani?
Tidak Sama Sekali. Salah Satu Komponen
Utama Geopark Ialah Penduduk Tempatan. Maknanya, Semua Lapisan Masyarakat Dan
Penduduk Setempat Boleh Mendapat Faedah Secara Langsung Dan Tak Langsung. Langkawi
Geopark Mengetengahkan Beberapa Produk Dan Geotrail Baru, Ini Juga Akan
Mengujudkan Tambahan Pekerjaan Baru, Khususnya Bagi Pemandu Pelancong. Produk Di
Bawah Geopark Dirancang Dengan Mengutamakan Alam Semula Jadi Dan Ini Melibatkan
Banyak Pengusaha Tempatan Secara Terus Seperti Nature Guides Atau Geoguides. Pengusaha
Bot, Kenu, Restoran Dan Warong, Kraf Tangan Dan Cenderahati, Malah Pengiat Seni
Kebudayaan Juga Boleh Meluaskan Kegiatan Mereka. Bagi Nelayan Dan Petani,
Selain Dari Mencari Rezeki Menangkap Ikan Seperti Biasa, Mereka Juga Boleh
Menganjurkan Atau Menjual Pakej Memancing Dan Menyauk Sotong Dengan Mengunakan
Bot Aau Perahu Sendiri. Program Homestay Di Kampung Dan Desa Juga Boleh Diperkembangkan.
Apa Falsafah Di Sebalik Langkawi
Geopark?
Langkawi Memang Telah Dikenali Sebagai
Destinasi Percutian Pantai Dan Alam Semula Jadi. Langkawi Geopark Disasarkan
Menjadi Jenama Baru Bertaraf Dunia. Langkawi Mencipta Sejarah Sebagai Geopark Dunia
Yang Pertama Di Malaysia Dan Asia Tenggara. Geopark Dunia, Sebenarnya, Baru
Diperkenalkan Di Bawah UNESCO. Ia Bukan Sahaja Akan Menarik Pasaran Pelancong
Yang Cinta Kepada Keindahan Alam Sekitar Tetapi Juga Kepada Para Saintis, Ahli
Geologi, Pelajar Dan Pengkaji Pelbagai Bidang Seluruh Dunia.
Langkawi Geopark Mencipta Pasaran Baru
Dan Tidak Bertanding Dengan Pulau-Pulau Lain Dalam Negeri Seperti Tioman, Pangkor,
Penang, Redang Atau Destinasi Pulau Luar Negeri Seperti Bali, Phuket, Hawaii Atau
Malta.
Langkawi Geopark Dikira Akan Mampu
Melipatgandakan Kemasukan Pelancong. Dengan Kegiatan Pelancongan Yang
Bertambah, Peluang Pekerjaan Dan Perniagaan Juga Akan Meningkat. Kita Berusaha
Menjana Potensi Langkawi Dari Segenap Sudut, Termasuk Budaya, Gaya Hidup Masyarakat.
Kita Melihat Kepada Rantaian Kegiatan Ekonomi Yang Bakal Dijana Di Bawah Agenda
Geopark Ini. Popularitinya Akan Menarik Minat Pelabur Dalam Dan Luar Negara.
Matlamat Ekonomi Di Bawah Langkawi
Geopark Bukan Sahaja Untuk Mencipta Pasaran Baru, Malah Membesarkan Peluang
Ekonomi Itu Sendiri. Jadi Mereka Yang Bergiat Dalam Industri Pelancongan Ini
Tidak Berebut Sesama Sendiri, Sebaliknya Membuka Peluang Untuk Mereka Meluaskan
Perniagaan Dan Perhidmatan Masing-Masing.Kita Juga Merancang Supaya Langkawi Menjadi
Pusat Kajian Geologi Di Rantau Ini. Langkah Pertama Kita Ialah Untuk Menganjur
Satu Persidangan Geopark Antarabangsa Asia Pasifik Pada Bulan Oktober 2007. Ini
Akan Mengalih Perhatian Perbincangan Mengenai Geopark Dunia Ke Rantau Ini Yang
Selama Ini Berpuasat Di Negara-Negara Barat. Langkawi Akhirnya Akan Dikenali
Sebagai Langkawi Geopark, Satu Jenama Dunia Yang Tiada Tolok Bandingnya Dari
Segi Produk Pelancong Yang Disediakan Dan Juga Perkhidmatan Pelancongan Yang
Ditawarkan. Ia Akan Menjadi Satu Tanda Aras (Benchmark), Bagi Geopark-Geopark
Lain Di Dunia.
Apa Faedah Kepada Masyarakat Langkawi?
Kejayaan Langkawi Geopark Akan
Meningkatkan Kegiatan Ekonomi Langkawi. Industri Perkhidmatan Melibatkan Hotel,
Agensi Pelancongan, Pemandu Pelancong, Pemandu Bot, Pemandu Teksi, Perniagaan
Runcit, Restoran, Gerai Makanan, Cenderahati Dan Kraf Tangan. Akan Meningkatkan
Peluang Perniagaan Dan Membuka Peluang Pekerjaan Secara Meluas Dan Menyeluruh
Di Langkawi.
Apa Faedah Kepada Negeri Kedah Dan Malaysia?
Kejayaan Langkawi Geopark Yang
Meningkatkan Kegiatan Ekonomi Langkawi Menyumbang Kepada Keluaran Negara Kasar
Negeri Kedah Dan Malaysia. Pelawat Asing Berbelanja Menggunakan Wang Yang
Dibawa Dari Negara Mereka. Ini Merupakan Pelaburan Asing Yang Masuk Dan Menyumbang
Kepada Tukaran Asing Bagi Malaysia, Meningkatkan Rizab Nasional Dan Mengukuhkan
Ekonomi Negara.
Bagaimana Langkawi Geopark Diurus?
Secara Pentadbiran, Ia Diurus Oleh LADA.
Majlis Penasihat Langkawi Geopark Telah Diwujudkan Dan Dipengerusikan Oleh YAB
Menteri Besar Kedah Dengan Keanggotaan Terdiri Daripada Pelbagai Kementerian
Dan Agensi Kerajaan Pusat Dan Negeri. Empat Buah Jawatankuasa (Jawatankuasa
Teknikal, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Promosi Dan Pemasaran Dan Jawatankuasa
Pemuliharaan) Membantu Melaksanakan Dasar Dan Panduan Yang Diberi Oleh Majlis. LADA
Melaksanakan Semua Projek Khusus Yang Dikenal Pasti Untuk Membangunkan Langkawi
Geopark. Bagi Tahun 2007, LADA Menerima Peruntukan Khas Secara Langsung Dari Kementerian
Kewangan Untuk Maksud Ini.
Apa Projek-Projek Pembangunan Bagi
Langkawi Geopark?
Projek-Projek Yang Telah Dikenal Pasti
Adalah Berkaitan Dengan Pembangunan Infrastruktur Langkawi Geopark Untuk
Memudahkan Pelawat Mengunjung Tapak-Tapak Dan Produk Langkawi Geopark Yang
Sedia Ada Dan Yang Baru. Antaranya Ialah Pusat Penerangan Bertempat Di Oriental
Village, Tempat Rehat Dan Rekreasi Serta Laluan Hutan Ke Tasik Langgun, Laluan
Dan Pelantar Tinjau Di Kawasan Landskap Karst Kilim, Laluan Pinggir Tasik Dan
Pelantar Tinjau Tasik Dayang Bunting, Papan Penerangan Tambahan Dan Pelbagai
Papan Tanda Baru Di Kebanyakan Pusat Tarikan Pelancong Langkawi. Pulau Tuba Dikenal
Pasti Sebagai Produk Baru Langkawi Geopark. Antara Projek Yang Terlibat Ialah
Laluan Dan Pelantar Tinjau Gua Wang Buluh, Jalan Pinggir Laut, Jambatan
Motosikal Tuba-Selat Bagan Nyior Dan Pelbagai Projek Lain Bertujuan Menjana
Potensi Pelancongan Di Pulau Tuba.
Apa Perancangan Masa Depan Di Bawah Langkawi
Geopark?
Matlamat LADA Ialah Untuk Membangun Dan
Mempromosikan Langkawi Geopark Secara Berkesan Sebagai Yang Paling Menarik Dan
Paling Sempurna Di Dunia. Untuk Maksud Ini, Jalinan Kerjasama Dengan Semua
Agensi Kerajaan Utama Seperti Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Langkawi, Jabatan
Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Termasuk Agensi Swasta Dalam Industri
Pelancongan Akan Digembleng.
Setakat Ini, LADA Telah Menubuhkan
Sebuah Unit Geopark Dalam Pentadbirannya. Unit Ini Akan Diperkemas Dan
Diperbesarkan Mengikut Keperluan Masa. Malah, Tertakluk Kepada Persetujuan Kerajaan,
LADA Berkemungkinan Ditukar Menjadi Lembaga Pembangunan Langkawi Geopark -
Keseluruhan Urusan Perancangan Dan Pembangunan Geopark Akan
Dipertanggungjawabkan Kepada LADA. Semua Pembangunan Akan Dilaksanakan
Berasaskan Matlamat Memajukan Geopark Sebagai Jenama Baru, Sebagai Suatu Daerah
Pelancongan Dunia. Pulau-Pulau Kecil Yang Menarik Akan Dibangunkan Secara
Lestari Untuk Menambah Lagi Produk Pelancongan Di Bawah Langkawi Geopark.